Remaja Diikat dan Dipukul Disangka Mencuri, Lihat Apa Reaksi Balas dari Remaja Ini Terhadap Orang Awam Yang Memukulnya

KUALA TERENGGANU: Seorang ramaja berumur 20-an telah mengalami kecederaan selepas dibelasah oleh orang awam di kawasan perumahan PPR di sini, pada Sabtu lalu, lapor KiniTv

Menurut sumber, remaja berkenaan dipercayai membawa barang yang dibelinya dari sebuah pasaraya besar tanpa plastik menyebabkan mangsa disangka telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR tersebut.

Beliau telah ditangkap oleh orang ramai dan telah dipukul tanpa usul sehingga mengalami kecederaan.

Menurut sumber juga, selepas diserahkan kepada pihak polis, barulah kisah sebenar diketahui di mana sebelum itu remaja berkenaan telah ditangkap kerana cuba mencuri di pasaraya besar berkenaan dan dia telah pun membayar untuk barangan tersebut.
Menurut sumber lagi, pada hari Sabtu, pihak pasaraya tidak menyediakan plastik ataupun perlu dibeli dengan harga 20 sen menyebabkan mangsa memilih membawa balik barangan berkenaan tanpa plastik.

Keadaan ini telah menimbulkan salah sangka dari pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya telah menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.

"Akibat tidak puas hati, remaja ini telah memukul pelanggan Giant tadi. Ketika inilah keadaan mula hilang kawalan."

"Pelanggan lain yang berdekatan turut sama memukul remaja tadi, dan ini mendorong remaja tadi melarikan diri ke flat PPR yang bersebelahan dengan pasaraya Giant." cerita sumber. - Siakapkeli.my

1 comment:

  1. Saman diorang dik... kena ajar sikit rakyat yang suka meletakkan undang undang ditangan sendiri. Saman diorang sbb ko tak bersalah. Kesalahan lalu bukan menjadi tiket untuk orang buat ko macam sampah. Niat saman tu utk jadikan kesedaran org lain. Insya Allah kalau menang saman nanti, gunakan utk buat bisnes ke niaga ke majukan diri. Jgn lupa tolong org susah juga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.