Berita Terkini Baru Terima ! Artis Terkenal Nekad Bunuh Diri 2 Pagi Malam Tadi Kerana Masalah Keluarga

Pelakon popular Kim Sung Min disahkan meninggal dunia akibat mengalami mati otak dan beberapa organ-organ dalam tubuh aktor itu didermakan kepada mana-mana pesakit yang memerlukan organ.

Menurut kenyataan dari hospital St. Mary Seoul, pembedahan untuk mengambil organ berkenaan sudah di lakukan pada 26 Jun lalu.

Pihak hospital memaklumkan, di akhir hayat Kim Sung Min, beliau masih dapat membantu lima pesakit yang memerlukan organ. Antara organ yang di derma ialah ginjal, hati dan kornea mata.
"Organ tubuhnya akan diberikan kepada lima orang," kata doktor seperti yang dilaporkan Korea Times.
Sementara itu, menjadi penderma organ juga merupakan salah satu hasrat pelakon berusia 43 tahun itu sebelum meninggal.

Justeru pihak keluarga bersetuju untuk memakbulkan permintaan terakhir bintang yang mula mencipta nama menerusi drama hits, Miss Mermaid itu.

Terdahulu, Kim Sung Min ditemui oleh anak dan isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 24 Jun lalu selepas dipercayai cuba bunuh diri.

Dalam kejadian pukul 2 pagi Kim Sung Min ditemui tergantung di dalam bilik air dirumahnya kira-kira 10 minit selepas isteri dan anak lelakinya meninggalkan rumah kerana bertengkar.

Sejurus itu beliau dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma sebelum akhirnya doktor mengesahkan beliau meninggal dunia akibat mati otak.

No comments

Powered by Blogger.