Denda RM2,000 Jika Berpakaian Menjolok Mata Ke Bazar Ramadan, Wanita Ini Telah Bayar Denda RM 6,000 Untuk 3 Kali Denda

KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.


“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.

Tambah Anis, pihak JAIP tidak meletakkan etika berpakaian untuk menjelaskan cara pemakaian yang dianggap sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

“Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan,” katanya.

Bagaimanapun, pesalah yang ditangkap pihak berkuasa agama akan diberi kaunseling terlebih dulu dan sekiranya, mereka mengulangi kesalahan sama maka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.

Sumber : mD

No comments

Powered by Blogger.